Monday, 17 March 2008

KEPERCAYAAN


Kepercayaan utama seseorang Muslim boleh dilihat dengan jelas daripada ucapan dua kalimah syahadah yang bermaksud;

لا إله إلا الله محمد رسول الله
Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah

Seseorang yang ingin memeluk Islam hanya perlu menyebut kalimah syahadah untuk bergelar Muslim. Namun dari segi undang-undang, kebanyakan negara seperti Malaysia danBrunei mewajibkan mualaf (nama yang diberikan kepada orang yang baru menukarkan agamanya kepada Islam) untuk mendaftarkan pertukaran agamanya ke pejabat pendaftaran, atau pejabat agama Islam. Ini bertujuan bagi memudahkan pengurusan jenazah setelah kematian akibat kemungkinannya timbul perbalahan akibat jenazah mungkin dituntut oleh keluarga yang ingin menyempurnakan jenazah menurut agama asal.


Tapi yang menjadi masalahnya ialah ramai dikalangan orang islam di zaman sekarang ini islam hanya pada nama atau keturuanan sahaja, kerana mereka tidak mengindahkan langsung tentang islam yang dianuti itu.

Sebab itu Allah mengkatogorikan manusia ini ada beberapa jenis:
  • Orang yang bertaqwa (mereka yang melakukan perkara hanya inginkan keredhaan Allah)
  • Orang beriman(mereka yang percaya wujudnya Allah, Hari Akhirat, dll)
  • Orang Soleh(mereka yang melakukan perbuatan yang disuruh oleh Allah meninggalkan apa yang dilarang)
  • Orang islam(mereka yang mengaku tiada tuhan selaian Allah dan Nabi Muhammad S.a.w sebagai perutusan Allah)
  • Orang kafir( mereka yang menentang akan kewujudan Allah dan Nabi-nabi)
  • Orang munafik ( mereka yang berpura-pura dengan diri sendiri, mengaku Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah tetapi membencinya di dalam hati)
  • Orang fasik (mereka yang selalu melakukan dosa-dosa kecil secare berterusan)

0 comments:

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,