Sunday 27 July 2008

UNDANG-UNDANG ISLAM, ATAU UNDANG-UNDANG SYARIAH, KENAPE RAMAI YG MERAGUI?


Pertamanya..memang org2 yahudi dan nasara(kristien) nih x kan redha selagi mana org2 islam dan semuanya mengikuti ajaran nya..perkara nih jelas..dan telah pon disebutkan dlm Firman Allah taala..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. albaqarah 120

Jadi mereke akan bersungguh untuk mengelabukan dan menakut2kan dan mempengaruhi semua org dlm dunia nih.. pertama mereke menggunakan media untuk menyebar kan berite2 palsu atau fitnah2 terhadap negare2 islam atau terhadap org2 islam... kedua, dgn media juga mereke sebarkan n mereke tonjolkan aksi2 sosial yg bebas..yg membuat nafsu para2 remaje menjadi lalai dan ingin akan suasana seperti itu..dan negare atau pemimpin masing2 juge tidak mengawal media ini malah mengalu2kan para remaja kerane mereka juga adalah org2 yg inginkan kepentingan diri masing2 tercapai..sehingge sanggup menjual maruah islam, n bangse itu sendiri, ketige, dgn media juge mereke tutup keburukan mereke dan menyebarkan kebaikan walaupun kebaikan itu kecik nak dibanding dgn keburukan didlm negare atau didlm kerajaan mereke, sedangkan kalau di lihat dari segi kes2 jenayah, kes2 rogol, kes2 pelacuran kes rompakan, kes2 bunuh, dll..negare2 merekelah yg paling tinggi..seperti UK, dan US. keempat, dgn media juga mereke mengutuk dan memutar belitkan negare2 yg menjalan hukum2 islam seperti iran, arab saudi walaupn mereke tidak menjalankan sepenuhnye..tapi pihak yahudi n kristien cube untuk menyebarkan betape zalimnye hukum2 ini, betape bertentangan dgn hal2 kemanusian..dan sebagainye..mereke akan sebarkan...separuh dan mereka2 separuh..supaya hukum itu terlihat jahat dan zalim.. ok..apis nak bagi satu ayat yg akan melawan rancangan mereke,

sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang batil, 13 dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau. 14 Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.15 Dan Aku pun membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya. 16 Karena itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu yaitu beri tangguhlah mereka itu barang sebentar(dunia). 17 (surah ataariq)

Kenapa ramai yang meragukan tentangundang-undang islam atau shariah?

  1. Mereka sedikit sebanyak terpengaruh dengan sebaran dari orang-orang kafir,2-mereke kurang mendalami ilmu-ilmu agama, hatta orang beragama pun ada yg meragukan, kerana mereka kurang faham.
  2. Tidak pernah mereka lalui dan berpengalaman dengan hukum-hukum shariah yang sepenuhnya.kerana mereka sejak kecik sudah mengamalkan dan didedahkan dengan undang-undang civil, dan undang-undang shariah dihadkan.
  3. Kurang pendedahan tentang hukum-hukum shariah yang sebenarnya, malah ditakut-takutkan dengan pikiran yang negatif, seperti : org perempuan yg dirogol diambil tindakan sama seperti orang yang merogol, curi je potong tangan, dll
padahal semua perkara ini disalah tafsirkan oleh orang2 kafir dan orang2 awam, kerana terpengaruh dengan berita2 dari orang2 kafir, padahal sudah jelas bagi orang2 beriman dan islam untuk tidak mempercayai sesuatu berita tu... sehingga di buktikan, seperti firman Allah taala.yg bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
hujurat -6

perlu diingatkan bahawa konsep kehakiman dalam islam ialah, hakim tidak boleh menghukum mana-mana tertuduh atau terlibat sehingga
jelas bukti-bukti dan saksi-saksi mata terhadap kejadian atau pengakuan oleh tertuduh atau terlibat, kerana dalam semua kes islam meletakkan bahawa melepaskan orang yang bersalah lebih baik dari menghukum orang yang tidak bersalah. dan sebelum menjalankan hukum-hukum shariah atau islam..kefahaman dan pendedahan terhadap hukum-hukum perlu di sebar luaskan dan perlu difahamkan oelh kerajaan kepada seluruh rakyat..untuk mengelakkan kekeliruan berlaku.. ilmu-ilmu agama berkenaan dengan feqah, adab, akhlak, aurat, dan lain-lain perlu dipertingkatan supaya undang-undang berjalan selari dengan keadaan dan suasana... hukum-hukum shariah atau undang2 shariah dilihat tegas, tapi sebenarnya undang2 shariah la yang menyelamatkan manusia dari terlibat atau terjebak dalam kes jenayah, maksiat dan sebagainya, hendak menjaga manusia ni bukan senang, hanya Allah sahaja yang mampu, tapi dengan menggunakan hukum2 atau undang2 dari Allah setidaknya dapat mengurang dan mengawal manusia dari gejala2 jenayah, maksiat dan sebagainya...walaupun disana terdapat manusia yang ingakar, degil dan sebagainya.. isu undang-undang shariah atau islam ni perlu dijelaskandan difahamkan dasar sebenar dan cara sebenar..baru ramai yang menyakini.. untuk melihat statistic dunia tentang semua jenayah seperti rogol,bunuh,dadah,pelacuran,rasuah boleh cari di laman web ni..

http://www.nationmaster.com/

bezakan angka kes2 jenayah setiap negara..dan bandingkan dengan negara yang menjalankan hukum shariah seperti iran atau arab saudi ..


.:::manusia dicipta oleh Allah maka guna jugalah hukum yg datang dari Allah:::.

0 comments:

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,