Saturday, 22 November 2008

PERDEBATAN DAN PERBINCANGAN


Soalan dari syima:

salam apis.. sy ade persoalan.. Rasulullah saw pernah bersabda: 'sy mmberi jaminan sebuah rumah dlm kebun syurga bg org2 yg meninggalkn perdebatan, meskipun dia benar' soalan sy,meskipun sy benar--adalah lebih baik sy tinggalkn perdebatan itu?mcm mane sy nk tegakkn kebenaran tu?-- mohon penjelasan apis kalu boleh..terima kasih:)

Apis jawab:

Pertama nye kite kene paham maksud hadith itu adalah perdebatan berkenaan dgn agama islam, perlu diketahui bahawa agama islam sudah jelas dalam al-quran dan dijelaskan lagi dgn sunnah dan ijtihad para ulama. islam menggalak kan bermesyuarat dan berbincang jika terdapat kemyuskilan dan kekeliruan didalam agama islam bukan berdebat. Etika berdebat , mesti ada yg kalah dan yg menang, lalu disitu timbulah aib, timbullah kutukan, timbullah fitnah,timbullah kebanggaan dan sebagainye.

menegakkan kebenaran adalah wajib,tidak semestinye dgn berdebat,sebelum lebih jauh, kite mesti tahu dulu ape erti debat, dan ape erti bincang. perdebatan ini seolah2 satu pertandingan ade yg menang dan ade yg kalah, dgn satu sistem iaitu menjatuhkan pihak lawan. tapi perbincangan pulak tiada kalah tiada menang, masing2 membawa satu sistem , iaitu mencari kebenaran dan menghapus kekeliruan, tiada yg malu, tiada yg dijatuhkan dan tiada yg kalah. Nampak kn perbezaan nye. sebab itu agama islam amat menggalakkan sistem bermesyuarat, dan berbincang sehingga terdapat satu surah didlm alquran tentang mesyuarat ini..(syura)

Baginda RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam telah memberi amaran kepada sahabat-sahabat Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Darda’, Abu Umamah, Anas bin Malik dan Watsilah ibn Al-Asqa radhiaLlahu ‘anhum ajamaiin (Hadith dikutip dari terjemahan Qadhiyyah At-Tasawwuf Al-Munqidz Min Adh-Dhalaal Lil Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali rahimahuLlah oleh Sheikh Dr Abdul Halim Mahmud rahmatuLlah ‘alaih).
'
Sahabat-sahabat Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam berkata, “Ketika kami berselisih dalam satu hal dari Agama, RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam marah dan membentak kami (dengan kemarahan yang tidak pernah beliau lakukan sebelumnya); “Wahai Ummat Muhammad ! Janganlah mencelakakan dirimu sendiri. Hal inikah yang kuperintahkan padamu, bukankah aku telah melarangmu ? Sungguh ! Dengan inilah telah binasa orang-orang terdahulu sebelum kalian. Tinggalkanlah perdebatan, kerana sedikit sekali kebaikannya. Tinggalkanlah perdebatan, kerana sesungguhnya perdebatan itu tidaklah aman dari fitnah. Tinggalkanlah perdebatan, kerana sesungguhnya perdebatan itu mewarisi keraguan dan menyia-nyiakan amal. Tinggalkanlah perdebatan, kerana sesungguhnya orang-orang mukmin tidaklah menyukainya. Tinggalkanlah perdebatan, dan tanamkanlah (di hatimu) bahawa hal itu merupakan satu dosa. Apakah masih saja kamu suka berdebat ? Tinggalkanlah perdebatan, kerana sesungguhnya orang yang suka berdebat tidaklah mendapat syafa’at di hari Kiamat. Tinggalkanlah perdebatan maka aku akan menjamin tiga rumah di Syurga bagi orang-orang yang benar-benar meninggalkan perdebatan. Tinggalkanlah perdebatan, kerana sesungguhnya hal itulah yang pertama kali dilarang oleh Allah, sesudah pelarangan menyembah berhala-berhala dan meminum minuman keras. Tinggalkanlah perdebatan, kerana sesungguhnya syaitan telah berputus asa kerana tidak disembah, tetapi rela (suka) mengadu domba, yaitu dengan jalan pertengkaran dalam Agama. Tinggalkanlah perdebatan, kerana sesungguhnya Bani Israel telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, kaum Kristian berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan dan ummatku berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan. Mereka semua akan tersesat, kecuali golongan terbesar (As-Sawaadul A’zham).” Lalu mereka bertanya, Ya RasuluLlah, siapakah As-Sawaadul A’zham itu ?” Maka RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam bersabda (menjawab), “Mereka yang mengikuti sunnahku dan para sahabatku.” Kemudian Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam melanjutkan sabdanya, “Sesungguhnya (Agama) Islam itu asing pada mulanya, dan akan kembali asing. Maka berbahagialah orang-orang yang asing.” Para sahabat itu bertanya lagi, “Siapakah orang-orang asing itu ?” Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam bersabda (menjawab), “Mereka yang berbuat baik ketika orang-orang lain berbuat kerosakan, dan tidak suka berdebat dalam Agama Allah.”
'
'
Maka jika kita perhatikan Hadith RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam itu walaupun sahabatMaka jika kita perhatikan Hadith RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam itu walaupun sahabat-sahabat Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam sudah pasti mengetahui Agama lebih dari kemampuan kita bahkan mereka adalah manusia-manusia yang layak berijtihad dan ketika mereka berpolemik tentang Agama maka mereka disanggah. Dan, yang menyanggah itu adalah RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Ini memberi makna bahawa semata-mata berpolemik dan berdebat adalah bukan sunnah RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wassalam kerana ianya membawa kepada fitnah dan perpecahan dan berbeda dengan hakikat mencari dan mempertahankan kebenaran.
'
dan saran wasiat Nabi peace be upon him pula..

Berpegang Kepada Sunnah Rasulullah Dan Khulafaur Rasyidin

Dari Abu Najih ’Irbadh bin Sariyah rodhiallohu ‘anhu dia berkata, “Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam pernah menasihati kami dengan nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan air mata. Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, seperti ini adalah nasihat perpisahan, karena itu berilah kami nasihat”. Beliau bersabda, “Aku wasiatkan kepada kalian untuk tetap menjaga ketakwaan kepada Allah ‘azza wa jalla, tunduk taat (kepada pemimpin) meskipun kalian dipimpin oleh seorang budak Habsyi. Karena orang-orang yang hidup sesudahku akan melihat berbagai perselisihan, hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnah Khulafaur Rasyidin yang diberi petunjuk (Allah). Peganglah kuat-kuat sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah ajaran-ajaran yang baru (dalam agama) karena semua bid’ah adalah sesat.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi, ia berkata, “Hadits ini hasan shahih”)


2 comments:

nice blog..tapi nape tak letak shout box satu..

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,