Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang
punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam
18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan
anti-Muslim.
Dari
sumber yang lain,diberitakan bahawa Marwa ke Jerman untuk menemani
suaminya yang sedang menyambung pengajian di sana,disebabkan beliau
adalah seorang wanita yang berhijab,ramai saja orang-orang kafir Jerman
yang bersifat dengki dengan kehadiran beliau yang berimejkan perwatakan
Islam.
Tidak
ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam
ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana
media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan
berminggu masih belum reda isunya.
Mungkin
juga di Malaysia kita katakan,ramai orang sibuk memenuhi blog-blog
mereka dengan kisah kematian seorang ahli politik yang berketurunan
China yang baru saja meninggal baru-baru ni,sedangkan kematian saudara
seislam sendiri yang memepertahankan maruah Islam tidak dibincangkan.
Sabda nabi s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang tidak mengambil berat
dengan urusan orang-orang Islam,mereka bukanlah dari kalangan
umatku...au kama qaal
Ribuan penduduk Mesir
menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak
sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di
kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan
agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.
Marwa
ditikam
di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan
keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman
bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau
menutup aurat. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah
menyerang
Marwa dan berusaha membuka jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di
saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini
ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi
isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja
menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di
Dresden .
Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul
kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam
tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang
Islam. Di
zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata:
‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila
mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.
from ibn kamaruddin
Perjuangan Islam perlu di Pertingkat dengan Apa Cara berdasar Syar'iee
Program Tahfiz Cuti Sekolah akhir tahun 2015
-
Alhamdulillah , sekali lagi di beri kesempatan oleh Allah untuk pihak
sekolah, menganjurkan lagi program yang banyak manfaatnya utnuk di raih
bersama.
Pro...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment