BERSEDIA HADAPI GELOMBANG KEDUA INFLUENZA A H1N1
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penularan penyakit Influenza A H1N1 semakin meningkat terutamanya di negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti Amerika Utara, Kanada Barat, Eropah, Mediterranean Timur dan Mongolia.
Kementerian Kesihatan juga meneruskan pemantauan terutamanya di peringkat-peringkat daerah agar kes ini dapat dikesan dengan cepat dan pantas bagi mencegah gelombang kedua yang dijangka lebih merbahaya. Pada peringkat tersebut ia mungkin akan merebak dengan cepat.
Walaupun gejala tersebut semakin berkurangan di Malaysia, pastikan anda terus mengamalkan langkah pencegahan seperti penjagaan kebersihan diri , menggunakan penutup mulut dan hidung dan lain-lain. Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
0 comments:
Post a Comment