Saturday, 26 March 2011

Warta Khas Untuk Pemimpin / Menteri / Hakim / YB / Penghulu dan Ketua2 .

[Islam Itu Adil]
Ingatlah, Betapa pentingnya keadilan dalam kehidupan. Kewujudan manusia akan menjadi bahagia, tenteram, dan damai, bila ada keadilan yang tegak. Bila keadilan sudah tidak ada, maka kehidupan akan rosak dan hancur. Kehidupan akan penuh dengan fitnah.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertindak adil (dalam memerintah) akan didudukkan diatas podium dari nur (cahaya) di sisi Allah, di sebelah kanan Tuhan Ar-Rahman. Dan kedua-dua belah tangannya jadi kanan. Itulah orang-orang yang berlaku adil dalam menghukum dan terhadap keluarganya dan terhadap siapa saja yang dibawah perintahnya ". (HR Muslim dan An-Nasaa'iy).

Hadis ini memahamkan kepada kaum muslimin dan kita semuanya, betapa pentingnya berlakuk adil. Keadilan akan mendudukan manusia kepada kedudukan yang mulia disisi Allah Taala.

Kemudian, dari Iyadh bin Hammar, berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallahu alaihi wa sallam, bersabda," Ahli syurga itu ada tiga, pertama, penguasa yang adil lagi bijaksana, kedua, seorang yang penyayang, halus perasaan hatinya terhadap keluarga sesama Islam, dan ketiga, seorang yang dapat menahan diri dan hawa nafsu serta tanggungan ". (HR Muslim).

Maka, tak seorang pun berhak dan melakukan kezaliman dengan atas apa-apa perbuatan kezaliman itu, dan meninggalkan keadilan dalam kehidupannya, tanpa ia menyedari perbuatan itu.

Ibnu Abbas meriwayatkan dari Rasulullah shallahu alaihi wasallam, "Satu hari pemerintahan ketua negara yang adil, lebih utama daripada ibadah 60 tahun, lebih membawa kebersihan dari hujan 40 pagi". (HR Ath-Thabrani).

Kemudian, hal yang menjadikan keadilan bahagian dari kehidupan yang hakiki, seperti "Wahai Abu Hurairah, berlaku adil suatu saat, lebih afdhal daripada ibadah 60 tahun dengan sembahyang tiap malamnya, dan puasa setiap siangnya". (HR al Shaibani).

Alllah Azza Wa Jalla suka kepada orang-orang yang berbuat adil, serta para penguasa yang berbuat adil.

Dari Abi Said al-Khudry ra, berkata, bersabda Rasulullah shallahu alaihi
Wa sallam, "Orang yang paling disukai oleh Allah di hari kiamat, dan paling dekat duduknya dengan-Nya, ialah imam yang adil. Dan manusia yang paling dibenci-Nya, dan amat jauh kedudukannya dari Allah adalah, imam yang berbuat semau-maunya ". (HR.At-Tirmidzi dan At--Tabrani).

Kemudian, Umar Ibn Khattab ra, bahawa Nabi shallahu alaihi wa sallam, bersabda, "Manusia yang akan mendapat kedudukan yang paling utama disisi Allah di hari kiamat ialah ketua negara yang adil dan mengandungi perasaan belas kasihan. Dan yang sejahat-jahat hamba Allah di hari kiamat ialah ketua negara yang berbuat semau-maunya ". (HR Ath-Thabrani).

Bahkan, bagaimana sikap Allah Ta'ala terhadap penguasa yang zalim dan tidak adil. Seperti diriwayatkan oleh Thalhah bin Ibaidillah pernah mendengar Nabi Shallahu alaihi wa sallam, bersabda: "Ketahuilah wahai orang banyak! Allah tidak akan menerima solat seorang ketua negara yang zalim ". (HR al-Hakim).

Dengan hadis-hadis diatas hendaknya kita berlaku adil, siapapun dan apapun kedudukan kita, kerana kelak di hari kiamat akan dihisab oleh Allah Ta'ala.  

contoh:
 
Pemimpin pakai kereta 2-10 biji kete, tapi rakyat ada yg x ade kereta = tak adil
 
pemimpin ada rumah 2-10 buah rumah dan besar2 lagi tuh, tapi rakyat ada yg x ade rumah= x adil 

pemimpin selalu mendapat layanan VIP [very important pet] tapi rakyat selalu NIP[not important person] = x adil 
 
yang berjawatan[pemimpin2] dalam mahkamah berusaha untuk dilindungi, tapi rakyat berusaha untuk salahkan walaupun tiada bukti dan bukti meragukan = x adil.

BERATAUBAT LAAAAH!!! sebelum ajal menjemput pemimpin2 sekalian yg masih diberi umur, mati sekali, tapi hidup 2 x . !!

Wallahu'am.  

0 comments:

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,