Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.[ini bukan bermakna kite mesti gunting setiap setiap baju atau kain yang ditiduri kucing] hadis ini ingin menunjukkan adab bersama binatang.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.
[ini umum..adalah semua binatang perlu di beri hak, kerana kita dan mereka menumpang di bumi yang sama]
dan islam adalah agama terbaik dalam hal dan adab bersama binatang, dan ada riwayat yang mashur, seorang pelacur dimasukkan ke syurga kerana memberi minum ainjing yang kehausan, dengan Rahmat Allah.,alah jika ingin sembelih pun ada cara2 yang bertujuan tidak menyakiti haiwan tersebut..dan lagi riwayat..dengan memberi binatang2 makan atau mereka makan tanaman2 kita jugak adalah saham dan di anggap sedekah oleh Allah..hmm [ ini dengan binatang, ape lagi dengann manusiakan?!]
Selain itu, ada juga kisah menarik dari China. Ha Wenjin telah menjual hampir semua asetnya untuk membuka kawasan penjagaan haiwan terbesar di China. Lebih daripada 1,500 anjing dan 200 kucing tinggal di sana sekarang. Tempat ini mempunyai 10 pekerja yang merawat dan menjaga anjing dan 2 pekerja untuk kucing. Perbelanjaannya adalah sekitar $ 37,500 setahun untuk menguruskan penjagaan haiwan ini. klik sini untuk melihat pusat haiwan tersebut
0 comments:
Post a Comment