sebelum beria2 nak puasa dan seterunya memikirkan raya..baik terlebih dahulu kita mencari , kenapa sebenarnya Allah menciptakan dan pengertian bulan ramadhan ini.kerana ilmu itu mesti dengan kefahaman dan kefahaman itu mesti di susuli dengan tindakkan..
1- kenapa perlu puasa ? : puasa dibulan ramadhan merupakan perintah dari Allah kepada hambanya. sama seperti perintah2 Allah supaya solat, menutup aurat , kewajiban2 lain. yer ker? : yer lah.. tercatat di Al quran tentangnya di (Al Baqarah:183)
2- kenapa puasa perlu tahan makan dan minum? :bulan ramadhan adalah bulan yang di anugerahkan Allah kepada hambanya dan terutama umat nabi Muhammad SallaLLah alahi wasallam , jadi , untuk mendapatkan anugerah ini perlulah:.
i- mendapat ketaqwaan, [Allah permudahkan manusia untuk mendapat ketaqwaan ini dengan menyuruh kita menahan dari makan dan minum, supaya kita tidak sibuk untuk fikir pasal makan minum. dengan itu tumpuan dapat ditambah kepada ibadah bagi mendapat Taqwa dengan dikurangkan kita untuk memikir tentang perut. Dan Allah permudahkan lagi hamba2 Nya ini dengan mengurung syaitan dan iblis di dalam neraka, supaya dengan itu, manusia lebih berasa tenang dan mudah untuk beribadat demi untuk mendapat ketaqwaan ini.inilah yang dinamakan RAHMAH.[nama Allah bukan isteriku]
secara tidak langsung bulan ramadhan ini dilarang semua umat manusia dari makan dan minum sehingga lah terbenam matahari. kerana bagi Allah bukan lapar dan dahaga yang Allah mahukan dari hambaNya, tapi ketaqwaan , keimanan, dan keikhlasan.
3 - ramai yang puasa tapi tidak solat, dan melakukan keburukan seperti mengumpat, dll ? ini boleh di jawab dengan hadith ini ;banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)berkelakuan buruk itu termasuklah meninggalkan solat dan tidak menutup aurat serta melakukan perkara2 yang melalaikan, seperti terlalu banyak berfacebook, chatting game dll dari memperbanyakkan membaca Al quran beserta terjemahan.
dan akhir sekali ialah, persepsi masyarakat bila tidak melakukan kejahatan atau keburukan, sentiasa mengatakan, EH AKU PUASA LAH, atau pun, INIKAN BULAN PUASA..maka persepsi ini perlu diubah, tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran serta kemaksiatan adalah kerana itu adalah larangan dan perintah Allah serta adanya azab di neraka dan Syurga. bukan sebab puas..ermm..tidak kira dibulan puasa atau pun tidak..
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN SERTA MENGERJAKAN IBADAH DENGAN PENUH KETAQWAAN , KEIMANAN DAN KEIKHLASAN.
AGAR DIBULAN RAMADHAN INI KITA DAPAT MELAKSANAKAN DAN MENAMBAHKAN LAGI AMALAN SERTA MENGAMBIL PELUANG UNTUK MEMOHON KEMAFAAN DI ATAS KE ALPAAN DAN KELALIAN SELAM INI.
1 comments:
terbaek..! mohon share
Post a Comment