Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, | يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ |
Di atas adalah dalil wajibnya semua umat islam yang cukup umurnya
berpuasa di bulan ramadhan, dan berpuasa juga merupakan rukun islam yang ke-4,
bagi mereka yang mempelajari agama atau berlatar belakang agama benda sebegini
sudah diberitahu sejak kecil dan di bangku sekolah lagi. sudah sinonim bagi
orang islam, bila tibanya ramadhan kena puasa, ramadhan jer kene puase,
Semua orang tahu, hatta orang bukan islam sendiri, tapi yang menjadi permasalahan
disini ialah.. ramai mana yang mengetahui bahawa berpuasa adalah ibaadah bukan
adat. cuba kita fikirkan manusia sekarang, menganggap kalau tidak puasa itu satu perkare yang memalukan, malah ditakut-takutkan, kalau tidak puasa tidak boleh raya dan sebagainya,
(jika kita malu dengan Allah kerana takut kan dosa dan azab, kita dapat pahala yang sangat besar,
Tapi kalau kerana malu kalau orang lain kata yang kita tidak puasa, atau mala akan ejekan-ejekan, maka puasa itu sia-sia, kecuali mereka yang menyedari)
Tapi kalau meninggalkan solat lima waktu pula, seolah-olah satu perkara biasa, dan tidak ada rasa malu pun
..pelik kan..padahal kedua-dua ini adalah apa yang tersenarai
dalam rukun islam itu sendiri,
Jadi disini sebenarnya mereka yang berpuasa dan tidak mengerti akan apa erti puasa itu
adalah mereka yang hanya mengikut adat semata-mata
(tidak salah bagi mereka yang tidak mengetahui)
tapi wajib mempelajari jika tidak tahu. sekurang-sekurang mereka ini hormat dengan bulan puasa, tapi masalah nya sampai bila?.. hanya menghormati bukan menghayati dan beramal degan sebenarnya.
erm, perlu di ingatkan bahawa, Ramadhan adalah bukan semata-mata berlapar dan dahaga, Allah bukan mahukan kelaparan itu, dan juga dahaga itu,
tapi Allah mahukan adalah ketaqwaan, makin bertambah keimanan, dan ketakutan kita kepada Allah yang Maha segala-galanya,
Sebab itu di akhir ayat di atas Allah menghakhir dengan لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (semoga kamu bertaqwa),
Jadi, fikirlah, taubatlah, perbahruilah niat, amalkan amalan serasi dengan niat, berlindung dari Allah dari
riak, sombong dan kejahilan..
.::Berkorbanlah kamu dengan berpuasa, demi untuk mendapat keredhaan Allah::.
0 comments:
Post a Comment