Persoalan 'Mazhab'
Soalan:
Ustaz, saya mempunyai seorang teman sekerja yang menyatakan bahawa mengambil mazhab itu tidak ada dalam Islam. Hujahnya ialah, nabi dan sahabat-sahabatnya tidak pernah mengambil mazhab, apalagi memerintahkannya. Soalan saya ialah :- 1. Apakah hukumnya seseorang yang tidak mengambil mazhab ? 2. Tolong terangkan sedikit bagaimana mazhab itu terjadi ? 3. Apakah mazhab itu termasuk bid'ah hasanah ?
Jasmi ,Singapura
Jawapan:
Pada zaman Rasulullah SAW baginda menerima langsung ajaran Islam daripada Allah SWT. Ajaran yang dibawa baginda jelas murni dan tidak ada cacat cela sedikitpun. Kemudian para sahabat menerima Islam langsung daripada Rasulullah kekasih Allah. Begitu juga pada zaman Khulafa ur Rasyidin ajaran Islam masih segar di hati umat Islam. Pada zaman tabi'in, para ulama memperoleh pengetahuan melalui para sahabat dan begitu juga para ulama tabi' tabi'in memperoleh pengetahuan Islam melalui ulama tabi'in. Begitulah proses perkembangan ajaran Islam hingga sampai sekarang.
Perlu kita ketahui bahawa ilmu fiqh yang diajarkan para sahabat dan para tabi'in tidak beku bahkan berkembang terus. Jika tidak dijumpai nas dalam menyelesaikan sesuatu perkara mereka menetapkan berdasarkan ilmu pengetahuan tentang hukum-hukum untuk menimbang sebab (illat) sewaktu hendak memberikan fatwa-fatwa. Untuk kita ketahui pendapat tabi'in bermacam-macam ini adalah disebabkan berlainan tempat atau keadaan negeri masing-masing, disamping mempunyai kekurangan dan kelebihan tentang memahami maksud-maksud Al Quran dan Hadis. Hasil dari berlainan keadaan atau situasi ini maka tiap-tiap orang alim ilmu fiqh dari golongan tabi'in mempunyai beberapa pendapat yang berlainan dan inilah yang dinamakan mazhab.
Dizaman sekarang nama imam-imam yang empat telah terkenal dan masyhur. Mereka adalah bagaikan bulan purnama yang dikelilingi oleh beberapa bintang-bintang yang berkelipan. Semua mazhab yang empat ini beraqidahkan ahlisunnah waljamaah. Ertinya sumber ajaran yang diterapkan tidak lari dari ketentuan Al Quran dan hadis, bahkan mereka sangat teliti dalam menetapkan sesuatu yang berkaitan dengan aqidah dan ibadah.
Jelaslah bagi kita bagaimana proses mazhab itu terjadi, jadi jika kita tidak mengikuti atau berpegang salah satu jalan maka kita akan teraba-raba dalam mencari kebenaran, akhirnya kita menjadi sesat.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Para ulama adalah pewaris nabi". (Riwayat Ibnu Najar dari Anas ra.) Sabda baginda yang lain maksudnya: "Para ulama adalah pelita di bumi, pengganti yang mengganti para nabi, pewarisku dan pewaris para nabi". (Riwayat Ibn Adi daripada Ali ra). Jika para ulama yang telah disebutkan baginda tersebut mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Rasulullah SAW, tentu tidak layak kita mengatakan mengikuti ulama mazhab adalah bid'ah. Bahkan jelas dari hadis diatas menunjukkan mengikuti para ulama itu merupakan sunnah.Sila rujuk buku:1. Ulama Pewaris Nabi DN 267
PROGRAM TAHFIZ CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN DEC 2016
-
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T., kami masih lagi di beri
peluang untuk memganjurkan program cuti sekolah yang mana man...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment