Monday, 10 November 2008

HAJI DAN UMRAH


Apa yang penting untuk dikongsikan di sini, apabila pulang ke tanah air, semestinya setiap jemaah lakukan perubahan diri dari sudut penampilan, cara bercakap, gaya hidup, cara berfikir, berpakaian dan lain-lain memperlihatkan kelainan sebelum menunaikan fardu haji, ia penting bagi memastikan haji yang telah terlaksana benar-benar diterima Allah sekali gus meraih haji mabrur.

Perkara-perkara yang perlu dipelihara ketika dan selepas menunaikan fardu haji :

� Seseorang itu perlu merasakan bahawa hajinya diterima Allah ketika mula-mula sampai di hadapan Baitullah, memohon keampunan Allah terhadap segala dosa yang telah dilakukannya, sama ada disedari atau tidak.

� Menumpukan segala perhatian terhadap pelaksanaan ibadat haji, seolah-olah memutuskan hubungan dengan isi kandungan dunia yang melalaikan, terutama ketika berdepan dengan Baitullah, di padang Arafah, memakai ihram dan lain-lain, bagaikan sedang berada di padang Mahsyar sedang menunggu giliran untuk dihisab segala amalan.

� Memasang cita-cita untuk mendapatkan rahmat kasih-sayang Allah dengan hati yang penuh mengharap.

� Sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan Allah dengan reda melakukan segala suruhan-Nya dan bersedia meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya di samping memperbanyak amalan-amalan sunnat.

� Beriltizam dengan wirid dan zikir harian daripada ayat-ayat al-Quran, terutamanya Ma�thurat.

� Sentiasa beristighfar memohon keampunan Allah. �

Sanggup untuk menangis kerana takutkan Allah, khusuk ketika solat dan terasa (berbekas hati) dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

� Bergaul dengan orang-ramai dengan baik dan membalas kejahatan mereka dengan kebaikan. � Menitik-beratkan persoalan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan prihatin kepada golongan yang susah. � Suka bersedekah kepada golongan fakir dan miskin.

� Menyegerakan hajat orang-ramai serta mencari jalan menyelesaikan masalah mereka.

� Mengasihi anak-anak yatim dengan menghulurkan bantuan buat mereka.

� Menyembunyikan perkara baik yang dilakukan, sama ada buat diri sendiri atau orang lain serta menjauhkan diri dari terjebak kepada suka menunjuk-nunjuk (riya�), kerana ia akan menghilang rasa ikhlas kepada Allah.

� Berbuat baik terhadap kedua ibu bapa dan berusaha untuk mendapatkan keredaan mereka. � Menjauhkan diri dari melakukan sifat-sifat terkeji yang menyalahi tuntutan agama, malah berusaha mempersiapkan diri dengan sifat-sifat terpuji.

� Menghindar diri dari terjebak dalam perkara syubhat yang boleh membawa kepada yang haram.

� Bersikap lemah-lembut dan sentiasa bersabar ketika berhadapan dengan karenah manusia yang menjadi sasaran untuk berdakwah.

� Memuhasabah terhadap kekurangan diri dengan segala kebaikan yang dilakukan.

� Bertambah sifat zuhud di dunia, mementing dan melebihkan akhirat, menguasai naluri, perasaan dan jiwa, bertambah takut kepada Allah adalah di antara tanda haji seseorang itu diterima di sisi-Nya.

� Tidak mengulangi perbuatan yang kurang baik menurut pandangan agama seperti duduk lama berjam-jam di kedai-kedai kopi dengan berbual pada perkara yang sedikitpun tidak menguntung agama, negara dan masyarakat.

Apabila seseorang itu dapat berpegang kepada maklumat dan panduan di atas, pasti Allah tidak menghampakan permohonannya untuk meraih haji yang mabrur, Insya Allah, Amin.

0 comments:

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,