Sunday, 9 November 2008

SYIRIK, SHIRK



staigth to the point:

Syirik dan Munafiq adalah virus dan penyakit yg paling berbahaya dalam diri setiap muslim dan muslimah, kesyirikan dan kemunafiqan ini boleh berlaku dan terjadi dimana2 dan tidak mengira sesiapa.Tua,muda,kaya,miskin,hj,imam,bilal,ust, dan sesiapa pun.

syirik: -BERHATI-HATI-

Manusia mudah syirik bila selalu dipuji , contohnye: bila kita dipuji dgn sesuatu yg kite lakukan sperti pintar dan pandai dlm kelas,hebat dlm pekerjaan atau rajin dlm membantu manusia lain, dgn secara tidak langsung kita merasa itu adalah kehebatan dari diri kite sendiri dan dlm masa yg sama kite mengenepikan Allah yg memberikan kesmua kelebihan itu kepada kita dan bila2 masa shj Allah boleh ambil kembali kesemua kelebihan itu dgn diberikan penyakit, bisu, buta dan sebagai nye- nauzubillah.

Manusia mudah syirik bila mempunyai kelebihan dari yang lain-spt: kaya,berilmu,berjawatan,mudah dalam segala urusan-,contohnye: org kaya merasa kaya dengan merasa mereka bijak dlm perniagaan, dan merasa itu semua hasil dari kesungguhan mereka dlmperniagaan atau kerja2 yang lain dan dalam mase yg sama mereka mengenepikan bahawa semua yg mereka perolehi adalah rezki dari Allah dan kebijaksaan itu juga adalah ilham yg direzki kepada mereka.BAgi Allah semua itu mudah untuk ditarik balik tapi Allah MAha penyanyang kepada hambanya untuk berfikir dan bertaubat.

Manusia mudah syirik bila akal fikiran diperalat oleh hawa nafsu dan iblis dan syaitan.- akal diperalat dengan bisikan hati yang selalu mahukan kepuasan dunia yg hanya beberape minit keenakan nye dan penyesalan berpanjangan, akal diperalat hawa nafsu supaya menjauhi Allah, menderhakai Allah, melakukan maksiat melakukan yang haram menderhakai ape yg disuruh oleh Allah melalui al-quran dan Sunnah rasul peace be upon him. akal selalu mementing kelogikan dlm setiap perkara aqidah dan syariat. ini merupakan syirik yg terbesar dari yang lain.

Manusia mudah syirik bila hati dibelenggu dengan hasad dengki(tidak senang dgn kesenangan or lain),

buruk sangka,

riak
(dlm segala hal-solat,kerje,exam, dll) seperti yg telah disabdakan 1400tahun yg lalu oleh Nabi Muhammad peace be upon him by mahmud ibnu lubaid Allah bless him.

"Nabi peace be upon him bersabda: perkara yg paling aku takut menimpa dikalangan umat ku ialah syirik kecil, lalu shbt menanyakan apakah syirik kecil itu?, lalu Nabi peace be upon him menjawab , riak."

dan sombong
(dlm segala hal).

semua diatas adalah penjelasan ringkas oleh apis berkenaan syirik yang kadang2 kite dilupakan dan terlupe. oleh sbb itu , bile setiap pujian yg datang, kekayaan yg diberi, kecerdikan yg ada, kehebatan yg ada,kecantikan dan kehandsoman yg dikurnia, dgn segeralah kite memuji dan mensyukuri atas segalanye kepada Allah yg menciptakan kite, dan beritahu kepada si pemuji ini semua adalah perantaraan Allah dan kite hanye alat. yg wajib untuk kite syukuri bersama. buang rase bangge. kerana ini mungkin hari kite, besok mungkin hari orang lain pula. berusahalah untuk merendahkan diri kerana in semua milik Allah yg diberi pinjam. dari kite berbangge baik kite bersyukur dan memuji Allah kan.
SEMOGE BERMANFAAT BERSAMA-DAN AYUH NASIHATI DAN BERITAHU KEPADA RAKAN2 KITE MUDAHAN MEREKA TERSELAMAT DARI KESYIRIKAN TANPA DISEDARI.

0 comments:

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,