Acer (LSE: ACID) ialah sebuah syarikat Taiwan ditubuhkan pada tahun 1976 yang mengeluarkan komputer meja dan komputer peribadi bimbit (komputer riba), pelayan dan storan, peranti paparan, persisian, serta juga penyelesaian e-perniagaan untuk sektor-sektor perniagaan, kerajaan, pendidikan, dan pengguna rumah. Ia memiliki Acerland, rantaian kedai runcit komputer francais yang terbesar di Taiwan. Ibu pejabat dunianya berpusat di Bandaraya Hsichih, Taiwan.ianya ditubuhkan oleh Shan Shih dan rakan dan pernah memunguthasil seperti dibawah ini pada tahun 2006.
Hasil | ▲ AS$11.1 bilion (2006) |
---|---|
Pendapatan bersih | ▲ AS$338 juta (2006) |
Sejarah ringkas
Acer pada asalnya diasaskan dengan nama Multitech oleh Stan Shih, isterinya Carolyn Yeh, dan lima orang yang lain. Syarikat itu bermula pada tahun 1976 dengan 11 orang pekerja dan modal sebanyak AS25,000. Pada asalnya, Multitech terutamanya merupakan sebuah pengedar bahan-bahan elektronik dan perunding dalam penggunaan teknologi mikropemproses. Ia kemudian dinamai semula sebagai Acer pada tahun 1987.
Pada tahun 2000, Acer mengasingkan operasi pengilangannya (sebagai Perbadanan Wistron) untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan penjenamaan. Dalam membuat keputusan untuk mendukung penjualan barisan-barisan keluarannya melalui kegiatan-kegiatan pemasaran yang khusus dan penggunaan saluran-saluran pengedarannya dengan paling cekap, Acer berkembang di seluruh dunia sementara tenaga buruhnya mengecut.
Misalnya pada tahun 2002, Kumpulan Acer menggaji 39,000 orang yang mendukung para peniaga dan pengedar di melebihi 100 buah negara. Hasilnya mencapai AS$12.9 bilion pada tahun itu. Menjelang tahun 2005, jumlah pekerja Acer di seluruh dunia telah turun sehingga 7,800 sementara rangkaian penjualan dan perkhidmatan sejagatnya dikekalkan. Hasilnya adalah AS$4.9 bilion pada tahun 2003 [2] dan AS$11.31 bilion pada tahun 2006. Bahagian pasaran Acer di Amerika Utara telah merosot pada beberapa tahun kebelakangan ini, manakala bahagian pasaran Eropahnya meningkat.
Di Eropah pada tahun 2001, Acer menjalin sebuah hubungan yang amat menonjolkan dengan pasukan Formula Satu Ferrari serta juga dengan Prost Grand Prix, bekas pasukan F1. Selain daripada mengeluarkan sebarisan komputer riba premium dengan jenama Ferrari, Acer baru-baru ini juga memperluas ruang lingkup hubungannya dengan Ferrari melalui penajaan pasukan Formula Satu Ferrari sehingga tahun 2008. Selain itu, Acer baru-baru ini juga memperkenalkan barisan keluaran Ferrarinya ke Amerika Utara, dan mengeluarkan sebarisan peranti pembantu digital peribadi (PDA) yang berjenama Ferrari.
Acer kini ditempatkan sebagai penjual komputer peribadi berjenama yang ketiga terbesar di dunia, dan baru-baru ini juga mengatasi Lenovo.
Ianya juga mempunyai pengguna teramai di Malaysia ini ..
0 comments:
Post a Comment