Sumber-sumber di Afghanistan yang meminta identitinya dirahsiakan menceritakan peristiwa itu pada Iran Newspaper on Network. Menurut mereka, tentera AS dengan menggunakan lima kereta Toyota Hiace membawa anak perempuan itu bersama sejumlah perempuan dan gadis Aghan lain ke pangkalan tentera AS di wilayah Farah. Di berek tentera itulah, tentera-tentera AS dengan biadab memperkosa perempuan-perempuan Afghan itu.
Laporan perubatan menunjukkan bahawa seorang anak perempuan yang tewas kerana mengalami pendarahan akibat pemerkosaan itu. Dua orang korban perkosaan yang lain dibawa ke rumah sakit terdekat dan menjalani rawatan kerana cedera serius kerana perkosaan yang dilakukan berkali-kali.
Berita duka ini menunjukkan bahawa situasi di Afghanistan makin memburuk dan makin banyak orang awam menjadi korban kekerasan dan kebiadaban pasukan koalisi asing pimpinan AS. Sejak pencerobohan AS ke negeri itu tahun 2001, jumlah warga awam Afghanistan yang tewas diperkirakan mencapai 14.000 sampai 34.000 orang.
Selain akibat aksi-aksi kekerasan, puluhan ribu orang awam Afghanistan meregang nyawa sebagai kesan daripada pelarian, kelaparan, penyakit, eksploitasi, kurangnya perkhidmatan kesihatan, tindak jenayah dan ketiadaan undang-undang akibat perang.
Menteri Dalam Negeri Afghanistan Zemarai Bashary mengatakan, laporan terbaru menunjukkan bahawa tahun 2010 merupakan tahun paling mematikan bagi orang awam Afghanistan. Meski demikian, tentera AS masih terus melakukan serangan darat dan udara ke pelbagai tempat di Afghanistan yang menimbulkan korban di kalangan warga tak berdosa sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Afghanistan.
Situasi itu menyulut sikap anti-AS di Afghanistan dan dunia Islam. Sementara tentera AS sendiri makin banyak kehilangan tenteranya. Selama 10 tahun perang di Afghanistan, lebih daripada 1,455 askar AS terbunuh di negeri itu dan hingga kini tak ada tanda-tanda AS akan memenangi peperangan atau bakal berambus dari Afghanistan. (ln / prtv)
Situasi itu menyulut sikap anti-AS di Afghanistan dan dunia Islam. Sementara tentera AS sendiri makin banyak kehilangan tenteranya. Selama 10 tahun perang di Afghanistan, lebih daripada 1,455 askar AS terbunuh di negeri itu dan hingga kini tak ada tanda-tanda AS akan memenangi peperangan atau bakal berambus dari Afghanistan. (ln / prtv)
Ape tindakkan negare2 islam??
teringat kisah pada zaman Saiyidina Abu Bakar ra , bila ada sekumpulan orang musyrik mengganggu wanita islam ketika berjalan atau membeli di pasar, di perangi kumpulan itu, itu baru sorang diganggu islam sudah mempertahankan, tapi ini jutaan wanita islam dipermainkan dan dihina malah dirogol, tapi tiada pembelaan dari negara2 islam yang katenye kaye, yang katenye ade nuklear, yang katenye maju dan sebagainye....¬!!!!!!!
Ya Allah Bantulah MUJAHID2 ISLAM agar islam dapat memerintah!!! amin
0 comments:
Post a Comment