Monday, 4 April 2011

Kenapa bukan ISRAEL yang serang LIBYA???

Hebat sekali negara ini. Luasnya hanya beberapa puluh ribu meter persegi. Diapit oleh seluruh penjuru negara muslim di Timur Tengah, dari mulai Lubnan di sebelah utara, Syria di sebelah Timur Laut, Jordan di sebelah Timur, dan Mesir di sebelah Barat Daya. Israel pula berada di kelilingi laut tengah dan hamparan laut Meditertania terpampang menyaksikan kebesarannya.
 

Namun uniknya, di tengah kecamuk yang menimpa jirannya seperti Syria, Bahrain, Yaman, bahkan Saudi, negara ini tetap tegak berdiri. Tidak ada demo masa, tidak ada kumpulan dan kaum meminta pemimpinnya untuk turun takhta, bahkan di tengah konflik yang menimpa hampir Negara Islam di Timur Tengah, Israel berjaya mengadakan Festival Tourisme terbesar di Timur Tengah pada tahun ini. Mereka melakukan promosi panorama Tel Aviv dengan menggelar pameran Opera dan Jazz.
 

Tidak merasa risau, mereka pun mengundang Bon Jovi, Andrea Bocceli, The Doors, bahkan anak remaja yang sedang top, Justin Bieber di tengah peluru berpandu sekutu meluluh-lantahkan Iraq, Sudan, Afghan, Libya, dan jantung Palestin, Gaza.
Israel bahkan boleh dikatakan negara yang stabil di sekitaran Timur Tengah, bahkan dari Qatar sekalipun. Di tengah Libya dalam ambang berpecah menjadi dua, di tengah Sudan sudah dipisahkan letak geografi antara Selatan dan Utara, ditengah Bahrain sudah dikavling dengan blok Sunni-Syiah. Israel justeru menambah batas geografi dan terpisah dari penempatan kaum Yahudi.
Israel bahkan ada dalam senarai Negara "bersih dari dosa" dalam kes Revolusi Timur Tengah. Di tengah sahabat-sahabatnya seperti Amerika Syarikat dihina habis-habisan akibat peranannya yang terlalu jauh dalam campur tangan di Mesir. sementara Inggeris dimusuhi oleh pembangkang Libya kerana mengendap-endap masuk Benghazi, dan juga cemuhan kepada Perancis yang melancarkan pesawatnya ke Libya, Israel pula dengan duduk tenang menunggu laporan dari kejayaan NATO dan DK PBB tentang perkembangan di Libya.
Ia tidak perlu bersusah payah menyiapkan tank-tank besar, F-16, Tomahawk untuk meluluhlantahkan Libya, kerana semua tugas itu sudah dengan sukses dijalankan oleh negara-negara yang "dimanfaatkan oleh Israel.
Hebat Tersembunyi Israel dalam Konflik Timur Tengah
Kita masih ingat kes pecahnya Iraq. Negeri muslim kaya minyak ini diinvasi Israel secara halus dengan membiayai persenjataan militan kurdi untuk berpisah dengan Iraq. Latihan pengendalian pengganas Israel yang diberikan kepada tentera keselamatan digunakakan pasukan khsusus Kurdi dibawah arahan Amerika. Di Somalia, pada tahun 2007 Israel menjadi penasihat utama para gerila yang telah membunuh seribu rakyat awam.
Tidakmenunggu masa yang lama , mereka dapat mengumpulkan dalam skala besar-besaran hingga mencapai 1,5 Milion Dolar hanya untuk menjatuhkan rejim yang berkuasa di Mogadishu. Bahkan sampai tahun 2010, Presiden Afghanistan Hamid Karzai dan pasukan keselamatan nasionalnya menyokong rancangan yang disokong Amerika ke atas lobi Israel untuk mendirikan pasukan polis tempatan di seluruh negeri.
Bahkan di Mesir tanpa diketahui ramai orang, Tel Aviv tercatat berkali-kali dalam senarai kenalan dengan Hosni Mubarak dan memintanya berundur dengan mengalihkan tampuk kepimpinan dibawah kawalan Tentera. Namun pendapat kian berkembang, Israel seakan-akan tidak terlibat sangat dalam hal ini. Siapa yang memberitakan Israel berada dalam pragmatisme kejatuhan Mubarak? CNN, AFP, Reuters? Tidak ada sama sekali.
Dalam kepentingan minyak di Libya misalnya, siapakah yang sibuk menetapkan minyak di sini? Israelkah? Justeru kemudian Amerika Syarikat yang mempunyai hukuman sepihak terhadap 14 syarikat Libya, yang dimiliki oleh Syarikat Minyak Nasional Libya yang menjadi syarikat minyak utama milik kerajaan dan pundi kewangan utama untuk rejim Gaddafi.
Siapa pula yang kemudian sangat sibuk mengatur urusan Libya dan menghabisi Khadafi? Israel? Para pemimpin Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis-lah yang kemudian melakukan perbualan telefon anda bersetuju bahawa NATO harus mengambil peranan utama dalam operasi ketenteraan di Libya.
Bayangkan begitu tertutupnya peranan Israel disana.  Padahal Israel-lah yang sangat bekepentingan terhadap isu Libya, kerana dalam senario-nya Libya akan dijadikan penguatan basis pertahanan Israel untuk mematangkan rencana mereka menguasai pangkalan Geopolitik Timur Tengah.
 

Dengan menanamkan kepentingan zionis atas Libya, Mesir, Tunisia, Al-Jazair, Somalia, dan Sudan, akan mengukuhkan pusat kekuatan ekonomi Israel dan automatik membentuk kuasa dunia baru yang semakin luas. Israel juga akan menyepit kedudukan Palestin dalam kekuatan yang selama ini tidak dilakukan Gaddafi, walaubagaimanapun  Gaddafi agak tegas berbeza dengan Mesir yang hanya diam dan kebanyakan beretorika menyokong penguatan kedudukan Palestin atas Israel.
 

Bukti nyata itu sudah jauh-jauh hari dilakukan oleh Israel untuk melobi Amerika melakukan penyerangan dan menyokong para pemberontak Libya. Salah satunya, dimainkan oleh senator AS, Joseph Lieberman, seorang pelakon lobi Yahudi, yang menulis sebuah resolusi untuk Amerika Syarikat mengakui dewan pemberontak Libya sebagai kerajaan yang sah seperti yang telah Perancis lakukan.
Israel Akan Bermain di Dua Posisi Untuk Melemahkan Kaum Muslim
Lalu dimanakah peranan Israel di sini? Sebaiknya kita jangan mudah terpengaruh ketika melihat Israel berada menyokong pasukan NATO melawan pemerintahan Gaddafi. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Ehud Barak serta Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman, dikhabarkan telah mengadakan pertemuan tripartit pada 18 Februari dan menghasilkan keputusan untuk merekrut tentera bayaran Afrika untuk bersama pasukan pro-Gaddafi melawan para demonstran Libya.
Dalam analisis penulis, hal ini dilakukan dalam dua kepentingan. Pertama Israel bukan bermaksud menyokong rejim Gaddafi, tapi semata-mata bertujuan untuk mengadu domba antara sesama warga muslim di Libya. Kenapa ini dilakukan? Kita akan masuk pada pendapat kedua, kerana Israel tahu betul sebuah kekuatan tentera awam militia muslim akan sangat berpotensi memimpin Libya selepas Gaddafi tumbang. Libya adalah negara Timur Tengah yang berpotensial mencipta pangkalan-pangkalan mujahidin melawan kezaliman Israel. Hal ini juga belum dikira  pemberontakan dari kalangan nasionalis yang memang menaruh rasa benci terhadap zionisme.
Dalam pertemuan itu dikhabarkan pula bahawa para pemimpin tertinggi Israel meluluskan permintaan dari jeneral Yisrael Ziv, salah seorang pengarah perunding keselamatan yang beroperasi di banyak negara Afrika, untuk membangunkan pasukan para tentera bayaran dari Guinea, Nigeria, Chad, Mali, Senegal, Republik Afrika tengah serta pemberontak Darfur dan Sudan Selatan.
 

Akhirnya, ketika sesama muslim bertikai, ketika semua kekuatan berjaya dihancurkan satu sama lain, ketika dominasi calon musuh sudah dapat dikesan, yakinlah tidak ada kekuatan majoriti untuk membina Islam lebih kuat lagi. Kalau memang sudah begini kenyataannya, betul kita memang harus bertanya semula: Mengapa Bukan Israel Yang (Harus) Menyerang Libya?

0 comments:

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,