RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.
Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini. Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.
Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan. Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.
baru2 ini kita sudah di kejutkan budak mati dibaham anjing di negara jiran
dan kini ianya berlaku di negara sendiri.. sungguh menyayat hati..
anjing ialah binatang peliharaan dan sebagai penjaga rumah , tetapi kalau anjing bersaiz besar
haruslah kita elakkan anak2 dari mendekati binatang tersebut..kerana kite bimbang binatang ini bertindak gila atau luar kawalan..ini adalah hikmah islam melarang dan mengharamkan anjing..ini adalah salah satu dari sebabnya..
memang benar anjing ini bijak dan boleh jaga rumah, tapi berhati2 laa ini bukan pencuri yang mati tapi anak sendiri..haa kan dah menyesal.. dan kepada pembela2 anjing pun..selalu sangat membiarkan anjing ini berkeliaran di kawasan perumahan..yang mana terdapat kanak2 balik mengaji atau sekolah..semua ini boleh terjadi dan mengundang kejadian seperti ini..kan2..
bayangkanlaaaah..
0 comments:
Post a Comment