Sunday, 5 June 2011

Amalan Pada bulan ini [ REJAB ]





Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah

Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah

Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari
penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal

Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya

Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya

Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

Jadi ayulah sama-sama kita lebihkan amalan kita pada bulan yang mulia ini, mudahan kita dapat dan terus mendapat rahmat dan keredhaan Allah hinggalah hari Akhirat..

ceritalah kepada anak-anak kita akan kelebihhan bulan-bulan islam, daripada mereka asyik dengan main game, facebook, dan menonton tv sahaja, luangkanlah masa untuk perkara- sebegini, ini adalah perkara tambahan daripada amalan yang sudah selalu mereka buat seperti mengaji dan solat. :)

0 comments:

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,