"Ramai di kalangan kita bila ditanya apakah yang menyebabkan penyakit kencing manis, maka mereka menjawab sebab banyak minum gula. Tak kurang juga sebahagian doktor akan memberikan jawapan sebegitu. Pernyataan bahawa terlebih minum gula menyebabkan penyakit kencing manis adalah kurang tepat. Pengambilan gula berlebihan hanyalah pemangkin kepada kencing manis dan bukannya penyebab.
Ramai orang suka makan makanan yang manis-manis tetapi tidak kena kencing manis. Ada seorang remaja perempuan yang saya kenali berusia 19 tahun dari Putra Jaya terkena kencing manis pada usia yang sama.. Menurut ibunya selepas kena kencing manis yang datang tiba-tiba tanpa tanda-tanda jelas, anaknya semakin suka kepada makanan dan minuman manis, berbeda dengan keadaan sebelumnya.
Saya ingin ajak saudara merenung dan menganalisa hyphothesis bahawa sebab utama penyakit kencing manis adalah kuman. Setelah menganalisa kes-kes penyakit ini dengan mendalam, data-data yang saya perolehi dari pesakit-pesakit yang datang berubat dengan saya, menunjukkan ada sesuatu "intelligence" yang boleh dipersalahkan yang menjadi penyebab utama kepada penyakit kencing manis. Apa yang mampu saya tunjukkan ialah terdapat banyak data-data yang mencadangkan ada hubung kait yang intim di antara kencing manis dan kuman.
Tidak senang dengan perasaan ingin tahu, saya membuat pencarian di internet untuk menyiasat sekiranya terdapat kajian saintifik yang mengaitkan kencing manis dengan kuman. "Lo and behold", banyak sekali kajian-kajian yang dibuat. Kajian-kajian secara "independent" menunjukkan terdapat banyak hubung kait di antara kencing manis dan kuman, namun ianya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
Keadaan ini samalah juga dengan theori gelombang microwave dari handphone boleh menyebabkan penyakit kanser. Jangan risau, saya akan kemukakan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh ramai saintis barat tentang hubungan kencing manis dan kuman di masa depan sekiranya editor mengizinkan. Buat masa sekarang kita gunakan daya intelek kita untuk "deduce" kesimpulan berdasarkan data-data yang bakal dipaparkan.
Saudara, cuba bayangkan 10 orang yang kehausan pergi ke sebuah sungai, lalu 3 orang daripadanya meminum air sungai tersebut dan terus pengsan. Adakah 7 orang yang lain akan minum air tersebut?Adakah akan ada seorang dari 7 orang yang berani minum air tersebut dengan mengatakan tidak ada bukti saintifik air ini merbahaya?
Dalam hal kencing manis, ianya terbalik. 10 orang kena penyakit kencing manis. 3 daripada 10 orang sembuh kerana mengamalkan satu kaedah rawatan. Adakah 7 dari 10 orang yang belum sembuh tidak akan mencuba rawatan yang sama? Saya berpendapat mungkin 5 dari 7 orang akan mencuba kaedah tersebut, manakala 2 orang lagi akan memberikan berbagai-bagai alasan seperti "kalau boleh sembuh, sudah lama doktor dan hospital akan gunakan kaedah itu."
Beginilah resam manusia dan resam dunia - tak boleh dielakkan. Ketahuilah, doktor dan hospital terikat dengan rawatan alopathy, dan lesen mereka boleh ditarik balik sekiranya mereka menggunakan kaedah yang bertentangan dengan persatuan mereka, yang didalangi oleh syarikat-syarikat farmasi besar dunia.
Sekiranya kuman tidak menyebabkan kencing manis, saudara tidak rugi apa-apa kerana tidak perlu berbuat apa-apa, hanya teruskan dengan cara rawatan biasa, seperti kata doktor. Tetapi, sekiranya benar kuman adalah penyebab utama kencing manis, saudara hendaklah mengubah cara rawatan dengan berusaha membunuh kuman-kuman penyebab kencing manis. Apabila kuman-kuman ini sudah mati, maka kencing manis saudara akan sembuh, Insya Allah.
Kajian-kajian saintifik banyak menunjukkan hubungkait rapat antara kuman dan kencing manis, tetapi tidak BERUPAYA membuktikannya. Sebenarnya, untuk membuktikannya dan diterima oleh masyarakat antarabangsa, kita dikehendaki melalui proses yang sangat rumit, lama dan boleh menelan belanja sehingga berbillion dolar US. Berapa ramai yang mampu? Apa kepentingan kita? Apa yang kita dapat dari pembuktian ini?
Beginilah syarat-syarat yang dikenakan oleh masyarakat antarabangsa yang didalangi oleh syarikat-syarikat farmasi besar dunia bagi menjaga kepentingan produk-produk mereka. Jika proses pembuktian ini mudah, maka terancamlah perniagaan ubat-ubatan mereka. Sekiranya ada ubat-ubatan lain yang lebih berkesan dari ubat-ubatan mereka maka dengan senang mereka mencabar, "apa buktinya?"
Saya berpendapat kuman jenis inilah yang menjangkiti remaja di atas menyebabkan pankreasnya gagal berfungsi sepenuhnya, menurut doktor perubatan. Kuman ini berkebolehan untuk melakukan sesuatu di dalam tubuh yang menyebabkan selera mangsa berubah kepada menyukai makanan yang manis-manis. Kuman-kuman jenis ini adalah parasit yang berupaya mempengaruhi tubuh (host) untuk melakukan aktiviti yang menguntungkan mereka. Dalam kes ini, makan gula banyak-banyak.
Saudara, mengikut pandangan ahli tasawuf, kita tinggal di dua dunia iaitu dunia kabir (besar) dan dunia saghir (kecil). Dunia kabir adalah alam semesta yang kita diami sekarang, manakala dunia saghir ialah dunia dalam tubuh kita. Allah menjadikan dunia saghir sebagai pantulan imej "mirror image" dari dunia kabir.
Hukum alam (fizik) di dunia kabir adalah sama dengan hukum fizik di alam saghir. Ini bermaksud dari segi konsep, tubuh kita ibarat bumi yang mempunyai penduduk-penduduk yang melakukan kegiatan-kegiatan penghidupan harian seperti kita di muka bumi. Penduduk-penduduk di dalam tubuh kita makan, bekerja, berumahtangga, bersosial dan sebagainya seperti kita di muka bumi ini. Mereka juga mempunyai daya intelek untuk melakukan sesuatu demi meneruskan penghidupan mereka. Mereka itulah KUMAN.
Allah jadikan semua ini untuk kita berfikir tentang kehebatanNya disamping untuk kita mengambil pengajaran. Satu pengajaran besar yang boleh dipelajari ialah kuman juga mempunyai perasaan dan intelek seperti kita, tetapi dalam konteks penghidupan yang lebih terhad. Jadi apa yang mereka sedang buat dan bakal buat di dalam tubuh kita sememangnya boleh diramalkan (predictable). Kesimpulannya, tidaklah menghairankan apabila kita melihat ketamakan kuman dalam mengejar rezeki mereka dari glukos sehingga merosakkan tubuh, kerana manusiapun bersikap demikian terhadap bumi ini.
Manusia terhadap tubuh adalah ibarat Tuhan terhadap alam semesta. Demi kasih sayang kita kepada tubuh dan kepada penduduk-penduduk yang baik (kuman yang baik yang membantu mencernakan makanan kita), sudah tentu kita tidak mahu penduduk-penduduk jahat merosakkan tubuh. Tindakan yang paling wajar kita patut ambil ialah memusnahkan penduduk-penduduk yang jahat. Maka akan selamatlah tubuh kita. Tuhan pun bersifat sedemikian terhadap umat-umat terdahulu. Tetapi, kerana kasih Allah terhadap nabi Muhammad s.a.w, tuhan tidak bersikap sedemikian terhadap kita.
Saudara, kerosakan di dalam tubuh tidak akan berlaku tanpa pelakunya. Tanah bukit tidak akan runtuh dalam skala yang besar tanpa manusia menarah lereng-lerengnya. Banjir besar tidak akan berlaku tanpa manusia menebang pokok-pokok di hutan secara berleluasa. Setiap musibah yang berlaku ada pelakunya, dan bahana penyakit kencing manis, kumanlah pelakunya. Merekalah penduduk-penduduk utama di dalam tubuh kita.
PROGRAM TAHFIZ CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN DEC 2016
-
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T., kami masih lagi di beri
peluang untuk memganjurkan program cuti sekolah yang mana man...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment