Saturday, 18 June 2011

Senang ke kahwin nie?

Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: “Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku.” Muttafaq Alaihi.


  Sebut je pasal kahwin semua suka , terutama kaum2 remaja dan remaji ..yang tengah hangaaaat bercintan cintun kan2....mase sedang bercinta ..asyik membayangkan ..oh indahnya kalau DIE JADI SUAMI /ISTERIKU NANTI...kan2..

tapi agak berbeza jika percintaan bagi mereka yang sudah bekerja, kerana suasana kehidupan agak berbeza, otak mereka sudah mula berfikir tentang masa,duit dan masa depan...cinta2 nie..terkadang dibelakang seketika...terkadang ada dikalangan mereka sudah terlebih masa atau terlupa yang mereka belum kahwin sehingga umur sudah pun mencecah 30-40 an..hmmmm..[rugi2] :P
Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: “Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.” Riwayat Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.

berbalik pada tajuk.SENANG KE KAHWIN NIE ??

jawapan adanya banyak dan selalu bergantung pada individu , keadaan dan zaman...

1- kahwin nie senang je , kalau kedua2 pihak tidak memikirkan persandingan dan majlis yang meriah sesangat sehingga beriban2 habis ..hanya kerana ingin popular atau kerana inilah majlis sekali seumur hidup, atau ingin mendapat pulangan kaut dari yang hadir atau takut apa orang lain kata kalau tidak buat majlis besar2 macam yang lain...hmmmmm buatlah sekadar mampu, tidak perlu sehingga meminjam2. atau meletakkan wang hantaran yang tinggi sehingga pihak lelaki tersekat hajat kerana itu..

2- kahwin nie senang je , kalau kedua2 pihak mengetahui bahawa pernikahan atau perkahwinan ini adalah satu ibadah kepada ALLAH..tidak perlu pembaziran tidak boleh maksiat, tidak ada kelalaian dan yang berkaitan..InsyaAllah..keluarga yang dibina nanti dipenuhi keberkatan disebabkan tiada kemurkaan ALLAH semasa permulaan pernikahan ini..

3- kahwin nie senang je , kalau kedua2 pihak mengetahui bahawa kahwin dan nikah2 ini bukan perkara main2 dan hanya peng akhiran sesebuah kisah cinta sahaja...., tapi perkahwinan ini melibat seumur hidup pasangan..jadi dengan itu, persediaan dari segi fizikal dan mental untuk mengharungi keadaan2 yang tidak dijangka di masa akan datang..mulalah belajar2 memasak bagi isteri [ tidak perlulah sampai jadi chef] hanya sekadar dapat memenuhi perut2 keluarga .bagi keduanya .mulalah tanamkan sifat positif dan terbuka jika ada komen2 terbang ke telinga dari siapa pun , terutama mak mertua atau pasangan sendiri..

ini shj untuk kali ini :) untuk rujuk serba sedikit  hadis2 tentang perkahwinan sila rujuk di sini 
antara tajuk = tidak boleh bukak rahsia suami isteri/atau cerita keburukan pasangan kepada yang lain, menggauli ketika hamil, cerai rujuk,mas kahwin, menolak ajakkan suami. dan sebaginya

0 comments:

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,