"
Revolusi  di Mesir yang berjaya menurunkan Hosni Mubarak mencatat sejarah baru  bagi negara tersebut, iaitu munculnya tokoh-tokoh muda. Mereka menjadi  inspirasi bagi rakyat untuk tetap turun ke jalan dalam hampir tiga  minggu untuk menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur, meskipun sempat  disabotaj pemerintah dengan menutup saluran internet dan handphone serta  diserang oleh polis preman pro Mubarak.
Tokoh-tokoh  baru itu bukanlah mereka yang sudah terkenal, seperti Ikhwanul  Muslimin, kumpulan pemberontak popular yang keberadaannya dilarang oleh  rejim Mubarak, dan bukan pula Mohamed ElBaradei – peraih Nobel  Perdamaian yang aktif memimpin lembaga Anti-Nuklear PBB.
Sumber  inspirasi yang dimaksud adalah mereka yang, sebelum pergolakan ini  dimulakan, tidak dikenali oleh rakyat Mesir. Dua tokoh muda tersebut  adalah Khaled Said dan Wael Ghonim.
Bagi  kaum muda Mesir, Said menjadi mentor bagi gerakan pro demokrasi setelah  mati ditangan polis, dan Ghonim dianggap wira dikalangan pendemontrasi  setelah ditahan polis selama 11 hari.
Sebelum  ditangkap polis, Ghonim bergerak ‘underground’ sebagai aktivi internet.  Pemuda berusia 30 tahun itu menjadi salah satu enjin penggerak massa  melalui internet untuk turun ke jalan dengan mengelola sejumlah group  akaun di laman jejaring sosial Facebook.
“Ini  adalah revolusi kaum muda di internet dan kini merupakan revolusi bagi  semua rakyat Mesir,” kata Ghonim kepada pejabat berita Associated Press.  Salah satu group Facebook yang dikelola Ghonim itu bernama “We are All  Khaled Said.” Nama group itu diinspirasi dari seorang pemuda bernama  Khaled Said.
Menariknya,  Ghonim dan kalangan muda lainnya melihat Said sebagai motivator mereka  untuk berontak melawan regim Mubarak, yang berkuasa sejak 1981. Pemimpin  berusia 82 tahun itu, bagi Ghonim dan kaum muda di Mesir, memandang  sebelah mata hak-hak demokrasi mereka.
Said  menjadi korban kebrutalan rezim Mubarak. Lelaki berusia 28 tahun itu  maut pada Jun tahun lalu tanpa alasan yang jelas, disiksa sejumlah polis  berpakaian preman di sebuah cyber cafe di Kota Iskandariah.
Padahal  Said adalah sebagian dari masa depan Mesir. Menurut media Almasry  Alyoum, Said dikabarkan pernah belajar di Amerika Syarikat dalam program  sistem komputer.
Muncul gambar Said dalam keadaan sudah tidak bernyawa namun dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
Itulah sebabnya kematian Said di tangan polis tidak boleh diterima para pemuda seperti Ghonim.
Maka,  Ghonim pun rela mempertaruhkan kerjayanya sebagai salah seorang  eksekutif di syarikat internet terbesar di dunia, Google Inc., untuk  turut bergerak menentang regim Mubarak. Ghonim sejak Januari 2010  bekerja sebagai seorang Pengurus Pemasaran Google untuk kawasan Timur  Tengah dan Afrika Utara.
Dia  sebenarnya hidup mewah dengan pekerjaannya di Dubai. Namun,  kesenangannya itu dia tinggalkan selama beberapa minggu. Menurut stesyen  berita BBC, Ghonim berjaya memujuk Google untuk membenarkan dia bercuti  untuk pulang ke kampung halamannya di Mesir karena “urusan peribadi.”  Sebenarnya dia mengikut gerakan ‘underground’ anti Mubarak.
Namun,  pada 27 Januari 2011, Ghonim dilaporkan hilang semasa situasi di Mesir  akibat gelombang demonstrasi mulai panas. Akhirnya muncul laporan bahwa  Ghonim ditahan polis Kairo setelah diketahui terlibat dalam gerakan anti  Mubarak melalui internet.
Lelaki  yang mempunyai dua orang anak itu ditahan selama 11 hari.Hasil dari  desakan dari sejumlah pihak, termasuk dari lembaga Amnesty  International, Ghonim akhirnya dibebaskan pada 7 Februari 2011.
Dalam  wawancara dengan Dream 2 TV, Ghonim mengaku mendapat layanan yang baik  dari pihak polis sepanjang penahanannya. Namun, dia pelik kerana pihak  polis menyebut dia sebagai pengkhianat.
“Siapapun  yang punya maksud baik akan dicap pengkhianat kerana menjadi jahat  sudah merupakan perkara biasa. Kalau saya pengkhianat, tentu saya sudah  bersenang-lenang di vila saya di Dubai sambil mencari wang yang banyak  dan berkata seperti yang lain, ‘Biarkan negara ini [Mesir] jadi neraka.’  Namun, kami bukan pengkhianat,” kata Ghonim.
Di  penjara berhari-hari tidak membuat Ghonim lemah. Menurut harian LA  Times, tidak lama setelah bebas, Ghonim bukannya pulang ke Dubai tapi  terus kembali turun ke jalan. Dia juga kembali aktif di Twitter.  “Kebebasan adalah sebuah berkah dan kita perlu untuk memperjuangkannya.”  kata Ghonim di salah satu tweet-nya.
Ghonim  juga merupakan penyokong setia tokoh pembangkang Mesir pemenang Nobel,  Mohammad ElBaradai. Ghonim bergabung secara sukarela dengan ElBaradei,  sebulan sebelum bekas Ketua Badan Energi Atom International (IAEC) itu  kembali ke Mesir.
Menurut  Ziad Al-Alimi, asisten senior ElBaradai, Ghonim sempat membantu  membuatkan ElBaradai laman web rasmi www.7amla.net. Dia juga membuat  laman rasmi ElBaradei di Facebook.
Aksi  gigih dan pengorbanan Ghonim, yang terinspirasi oleh kematian tragis  Said, membangkitkan kesedaran banyak orang di Mesir. Tak hanya kaum  muda, namun juga warga-warga yang sudah berusia seperti Afaf Naged,  bekas lembaga pengarah Bank Nasional Mesir. Mereka pun turun ke jalan  menuntut Mubarak segera turun dari kekuasaan.
“Saya  juga datang kemari karena Wael Ghonim. Dia benar ketika mengatakan  parti Mubarak, NDP (Partai Demokratik Nasional) telah tamat. Tidak ada  lagi parti, namun mereka tidak mahu mengakuinya,” kata Naged seperti  dikutip stesyen berita Al Jazeera.
Seorang  perempuan bernama Fifi Shawqi juga baru kali pertama ikut berdemo. Dia  membawa serta ketiga anaknya dalam demonstrasi di Dataran Tahrir pada 8  Februari 2011.
Shawqi  juga mengaku tergerak oleh pernyataan Ghonim selepas dia keluar dari  penjara. Masa itu, Ghonim menyatakan sedih atas korban tewas dan dia  mengatakan cinta Mesir.
“Saya  menangis. Saya merasa dia dan semua pemuda di sini seperti anak saya  sendiri,” ujar Shawqi. Dalam aksi itu, Ghonim sempat berucap di hadapan  puluhan ribu demontrasi di Dataran Tahrir. Pidato ini langsung  mendapatkan respon positif dan membakar semangat para demonstrasi.
Namun, Ghonim tidak mahu disebut wira.
“Tolong  jangan sebut saya sebagai wira. Saya bukan wira, saya selama 12 hari  terakhir ini hanya tidur. Wira sebenar adalah mereka yang turun ke  jalan. Jadi, arahkan kamera anda kepada orang yang tepat,” kata Ghonim.
 
0 comments:
Post a Comment