Monday 7 March 2011

Doa, Wirid Baca Al Quran ketika Haid???

Soalan:

Bolehkah seorang wanita yang didalam keadaan haid mengamalkan doa-doa yang di petik dari ayat Al-Quran (dengan niat berdoa)?
izah, Subang Jaya

Jawapan:

Ada berbagai pendapat tentang boleh dan tidaknya seseorang itu membaca Al-Quran ketika mereka sedang haid atau berjunub. Pendapat yang mengatakan wanita haid tidak boleh membaca Al-Quran sesuai dengan dalil Al-Quran maksudnya: "Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang disucikan". (Al Waqiah ayat 79). Kemudian menurut hadis Rasulullah SAW maksudnya: "Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang suci". (Riwayat Tabrani) Pendapat yang mengatakan boleh mereka berdasarkan sebuah hadis yang umum bermaksud: "Bahawa Rasulullah SAW berzikir kepada Allah dalam segala keadaan. Menurut riwayat bahawa Ibnu Abbas membaca wirid ketika berjunub. Bahkan beliau ada berkata "Telah bercerita kepadaku Abu Sufyan bahawa Harqal menyeru orang ramai dengan membaca kitab Nabi SAW iaitu dalam keadaan berjunub".

Diceritakan oleh Abu Tsaur dari Imam Syafe'i bahawa wanita yang sedang haid dibolehkan membaca Al-Quran. Tentang penafsiran mereka ayat yang menyebutkan: "Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang disucikan" (Al Waqiah ayat 79) Maksud ayat disini adalah orang-orang kafir dilarang menyentuh Al-Quran.

Untuk lebih jelas kita rujuk pendapat-pendapat ulama muktabar.
Menurut mazhab Abu Hanifah, mazhab Syafe'i dan Ahmad mengatakan :Wanita haid dan junub boleh membaca Quran tanpa memegang kitab.

2 comments:

info yang berguna, saya memang tengah cari tentang soal ini ...sebab apa bila saya haid saya slalu ambalkan doa2 hari ...alhamdulillah da terjawab ..thans

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,