Monday 7 March 2011

Siapa Barack Husein Obama II ???


Barack Hussein Obama II (lahir 4 Ogos 1961) adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dan terkini. Beliau merupakan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat, serta yang pertama lahir di Hawaii. Sebelum ini, Obama merupakan senator muda dari Illinois sebelum meletakkan jawatan pada 16 November 2008 untuk bertanding dalam pilihan raya presiden. Selepas menang, Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat di Kapitol Amerika Syarikat pada 20 Januari 2009. Pada 9 Oktober 2009 pula, Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2009 untuk "usaha luar biasanya dalam menguatkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama di antarabangsa".
Obama adalah graduan Columbia University dan Harvard Law School, di mana beliau menjadi presiden kepada jurnal Harvard Law Review. Obama juga pernah bekerja sebagai pengurus komuniti dan membuka praktik guaman sebagai seorang peguam hak asasi sebelum berkhidmat selama tiga penggal di dalam Senat Illinois dari tahun 1997 hingga 2004. Beliau mengajar undang-undang perlembagaan di University of Chicago Law School sejak tahun 1992 sampai 2004. Berikutan daripada percubaan yang gagal bagi mendapatkan satu kerusi di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dalam tahun 2000, beliau telah mengumumkan kempennya bagi kerusi Senat A.S. di dalam bulan Januari 2003. Selepas kemenangan pertama pada bulan Mac 2004, Obama telah menyampaikan ucapan dasar di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan pada bulan Julai 2004. Beliau telah dipilih mewakili Senat pada bulan November 2004 dengan 70 peratus undi.
Sebagai ahli minoriti Demokrat di Kongres ke-109, beliau menyokong sepenuhnya perundangan mengawal senjata konvensional dan memupuk lebih kebertanggungjawaban awam dalam penggunaan dana persekutuan. Beliau juga mengadakan lawatan rasmi ke Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika. Pada Kongres ke-110, Obama telah menyokong perundangan mengenai melobi dan penipuan pengundian, perubahan iklim, pengembangan nuklear, dan kebajikan untuk anggota tentera A.S. yang sudah kembali. Semenjak mengumumkan kempen presiden pada bulan Februari 2007, Obama menekankan penamatan perang Iraq, peningkatan ketakbersandaran tenaga, dan penyediaan penjagaan kesihatan sejagat sebagai keutamaan negara. Obama mengumumkan di dalam kempen presidennya pada bulan Februari 2007, dan telah dipilih secara rasmi di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan 2008 dengan senator dari Delaware, Joe Biden, sebagai calon pasangan beliau
Barack Obama dilahirkan di Pusat Perubatan Kapi'olani untuk Wanita & Kanak-kanak di Honolulu, Hawaii, oleh ibunya Ann Dunham, seorang wanita kulit putih dari Wichita, Kansas yang berdarah Inggeris dan Irish. Bapanya, Barack Obama Sr, pula berketurunan Luo dari Kenya.

Keluarga Ann Dunham berpindah ke Pulau Hawaii. Ibunya bertemu bapanya yang pada masa itu belajar di Universiti Hawaii di Mānoa, di mana bapanya seorang pelajar tajaan Kenya. Pasangan ini berkahwin pada 2 Februari 1961. Pada 4 Ogos 1961, Obama dilahirkan di Honolulu. Dua tahun kemudian, ibu bapa Obama berpisah.

 Bapanya meninggalkan keluarga untuk melanjutkan pelajaran di Harvard. Bapa Obama kemudian kembali ke Kenya untuk bekerja sebagai ahli ekonomi kerajaan. Obama hanya bertemu bapanya sekali semasa berumur 10 tahun sebelum bapanya maut dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1982.
Selepas bercerai, Dunham berkahwin dengan pelajar Indonesia Lolo Soetoro yang belajar di sebuah kolej di Hawaii. Obama pada ketika itu berusia 6 tahun. Apabila Soeharto berkuasa pada tahun 1967, semua pelajar di luar negara dipanggil pulang dan Obama sekeluarga berpindah ke Indonesia. Di sana Obama belajar di sekolah tempatan di Jakarta seperti Sekolah Awam Besuki dan Sekolah St. Francis Assisi sehingga beliau berumur 10 tahun.

A young boy possibly in his early teens, a younger girl (about age 5), a grown woman and an elderly man, sit on a lawn wearing contemporary circa-1970 attire. The adults wear sunglasses and the boy wears sandals.

Beliau kemudian kembali ke Honolulu untuk tinggal bersama datuk dan nenek sebelah ibunya, Madelyn dan Stanley Dunham, dan pada masa yang sama belajar di Sekolah Punahou daripada gred lima pada tahun 1971 sehingga beliau tamat sekolah menengah pada tahun 1979.Ibu Obama kembali ke Hawaii pada tahun 1972 untuk lima tahun dan pada tahun 1977 balik ke Indonesia di mana dia bekerja dalam bidang antropologi. Ibunya menghabiskan hampir semua sisa hidupnya di Indonesia sebelum kembali ke Hawaii pada tahun 1994. Dia meninggal kerana kanser ovari pada tahun 1995.
Obama meninggalkan Hawaii dan berpindah ke Los Angeles pada tahun 1979 untuk menyambung pelajaran di Kolej Occidental. Selepas dua tahun, dia berpindah ke Universiti Columbia di Bandar Raya New York pada tahun 1981, di mana dia mengambil jurusan sains politik dengan pengkhususan dalam perhubungan antarabangsa. Dia menamatkan pelajaran sarjana mudanya pada tahun 1983. Selepas graduasi, dia bekerja selama setahun dengan Business International Corporation dan kemudian sebagai penulis kewangan dengan syarikat perunding New York Public Interest Research Group.
Dalam buku pertamanya Dreams from My Father, Obama menulis tentang kekeruan zaman remajanya pada waktu dia cuba memahami warisan darah campuran yang masih menjadi satu kejanggalan di Amerika Syarikat. Latar belakangnya yang mempunyai budaya yang berbeza telah menjadikan Obama mempunyai pandangan yang luas yang dapat membantunya dalam politik.

sudut agama

Saat ia dijelaskan dalam The Audacity of Hope, Obama adalah seorang Kristian yang pandangan keagamaan yang dikembangkan dalam kehidupan dewasanya. Dia menulis bahawa dia "tidak dibesarkan di rumah tangga agama". Ia menjelaskan ibunya, dibesarkan oleh ibu bapa non-religius (yang Obama telah ditentukan di tempat lain sebagai "non-pengamal Methodist dan Baptis"), menjadi terpisah dari agama, namun "dalam banyak hal orang yang paling rohani terbangun yang pernah saya kenal" . Dia menggambarkan ayahnya sebagai "mengangkat seorang Muslim", tapi "disahkan ateis"

0 comments:

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,