Oleh: zharifjenn
"Ternyata,  penjara tak selamanya bererti bencana dan duka nestapa. Bilik gelap  berjeruji besi ini bahkan boleh menjadi nikmat seumur hidup.  Setidak-tidaknya, itulah yang dialami oleh Marlon King, seorang striker bola sepak dalam Liga Inggeris (Premier League). 
Penjara  benar-benar membuat Marlon King menemukan kebenaran hakiki dalam  hatinya. Striker 29 tahun yang pernah diikat oleh kelab Wigan Athletic  ini memeluk agama Islam, dan menukar namanya menjadi Hamza. 

King,  di masukkan ke penjara Wayland, selepas menerima hukuman 18 bulan  penjara oleh mahkamah Southwark Crown, London, Jumat (30/10/2009).  striker ini dihadapkan atas kesalahan memukul seorang wanita muda di  Revue Bar di daerah hip London, Soho, December 2008 silam. Bukan itu  saja, pengurusan kelab pun bersetuju untuk memutus kontraknya, padahal  ketika itu King tengah merayakan kehamilan isterinya serta menjaringkan  gol dalam perlawanan, beberapa jam sebelumnya.
Selama di penjara,  Marlon belajar agama Islam setelah bertemu dengan Abu Hamza Tariq, yang  dihukum tujuh tahun mulai tahun 2006 lalu.
Kini, Marlon  menganggap Abu Hamza sebagai pahlawan hidupnya. Sebagai muallaf, Marlon  kini menjadi Muslim yang taat, dengan menjalankan kewajipan solat lima  waktu, tidak memakan makanan yang haram, dan menjaga persaudaraan sesama  Muslim.
Seperti  yang di siarkan The Sun, Marlon juga sering bertemu dengan Abu Hamza  Tariq yang hanya mempunyai satu tangan tersebut. Tidak hanya itu, Marlon  juga membincangkan masalah jihad, serangan 9 / 11 di New York dan  perang di Afghanistan.
"Marlon berubah dari seorang yang buruk  dan kini berpindah menjadi muslim. Dia memuji Abu Hamza sebagai  pahlawan, meskipun dia tahu, risikonya dia dibenci orang ramai, "tegas  sumber dalam The Sun.
"Marlon bahkan akan mengislamkan  keluarganya ketika dia keluar dari penjara akhir tahun ini. Ini bukan  sementara, ini perubahan menyeluruh. Marlon membaca buku mengenai Islam  berjam-jam di telefon genggamnya, "papar sumber dalam tersebut.
Selamat datang dalam Islam, King. Semoga kamu menjadi "striker" di jalan Allah.
Program Tahfiz Cuti Sekolah akhir tahun 2015
                      -
                    
Alhamdulillah , sekali lagi di beri kesempatan oleh Allah untuk pihak 
sekolah, menganjurkan lagi program yang banyak manfaatnya utnuk di raih 
bersama.
Pro...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment