Monday 5 September 2011

Saya tertarik dengan komentar dari rakan blogger tentang temuramah bersama dengan tokoh sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (KKK)..


Saya tertarik dengan komentar dari rakan blogger tentang temuramah bersama dengan tokoh sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (KKK)..


KKK mempertahankan Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn Jaafar dengan mengatakan bahawa mereka bukanlah pegawai British seperti mana yang didakwa oleh Mat Sabu. Menurut KKK, Tanah Melayu tidak pernah menjadi jajahan British dan beliau berikan alasan-alasan beliau seperti yang dimuatkan di dalam wawancara tersebut. Pandangan ini bukanlah baru, malah disokong oleh hujah-hujah yang berasas. Namun begitu, pelbagai persoalan timbul di dalam benak fikiran saya berkenaan isu Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah:

1. Kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British, kenapa kita diajar sejak di bangku sekolah lagi bahawa British adalah penjajah?

2. Kalau negeri-negeri Melayu (kecuali Negeri-Negeri Selat) ialah Negeri-Negeri Melayu Naungan, mengapa British tidak digelar sebagai penaung?

3. Kalau British ialah penaung sahaja bukan penjajah, kenapa hasil bumi Tanah Melayu habis dikaut oleh British? Kenapa kuasa eksekutif terletak di tangan pegawai British bukannya di tangan istana? Adakah Negeri-Negeri Melayu Naungan benar-benar berdaulat kalau pemerintahannya dikendalikan oleh pegawai British?

4. Kalau ‘nasihat’ pegawai British di dalam pentadbiran mesti diikuti oleh raja-raja Melayu berdasarkan perjanjian yang telah mereka tandatangani (kecuali di dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu), adakah ini bukan penjajahan namanya? Kalau ini bukan satu bentuk penjajahan, maka istilah apakah yang selayaknya untuk kita panggil?

5. Kalau British bukan penjajah, kenapa Tanah Melayu perlu dimerdekakan? Lazimnya sesebuah negara yang merdeka akan bebas daripada cengkaman penjajah, tetapi Tanah Melayu ini merdeka daripada cengkaman siapa? Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 itu tujuannya apa pula?
6. Kalau British bukan penjajah, maka Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan sebagainya menentang siapa dan derhaka kepada siapa?

7. Kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British, adakah segala usaha para pejuang kemerdekaan, baik golongan yang kanan, yang tengah mahu pun yang kiri untuk memerdekakan negara kita tidak boleh dianggap sebagai usaha mengusir penjajah?

8. Yang paling penting sekali, kalau kita betul-betul mahu membezakan status antara negeri naungan dan negeri jajahan, jawablah dengan hati yang jujur, adakah terdapat perbezaan ketara di antara kedua-duanya?
Saya tidak mengajukan soalan-soalan di atas kepada KKK kerana saya yakin beliau pun tahu jawapannya. Tetapi saya mohon supaya kita semua berfikir sejenak, adakah kita semua sedar mengenai fakta yang KKK kemukakan? Adakah fakta ini didedahkan kepada para pelajar kita menerusi mata pelajaran Sejarah mereka?
Disebabkan reaksi KKK inilah saya merasakan bahawa ada sesuatu yang sangat, sangat, sangat tidak kena mengenai sukatan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah. Sejarah apakah (atau sejarah siapakah) yang sebenarnya diajar di sekolah-sekolah selama ini?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : jgn lupe krisis cincin Datin Rosmah / Al tantuya / kapal selam / kes org asing leh mengundi / spr / kes rasuah / kes rumah PM macam istana / kes menteri2 rasuah. dll.. [ harap kes sejarah ini hanya akan menambah lagi tembelang agar cepat berbau dan dibau oleh masyarakat .]

5 comments:

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

For decades, nightclubs and raves have provided a sense of community in times of social or political upheaval, one that has often thrived under limitations and restraints.
코리아카지노

In the 1970s, New York City discos offered a safe haven for LGBTQ visibility; in 1988, rebellious and hedonistic acid house parties swept the UK and birthed an entirely new music movement; in the 1990s, German techno thrived after the fall of the Berlin Wall, unifying the country's once-separated youth.
카지노사이트

While many venues will struggle to stay afloat without filling to capacity each weekend, it looks as though design, technology and some creative ingenuity can help reshape how people return to nightclubs, even if no touching is allowed. Here are some ways the party might go on in 2020 and beyond.
바카라사이트

in theory -- virus-free, wearers drink from alcohol canisters built into the suit and communicate through built-in speakers. Production Club, which also designs world tours for DJs and electronic artists, is currently prototyping the concept and seeking funding, hoping to offer them in bulk to venues that can only operate at limited capacity.카지노사이트

 
  • Pihak kami mengalu2 kan bagi anda untuk mengongsikan artikel2 dan gambar disini dengan tujuan penyebaran. semoga kite sama2 mendapat pahala di atas penyebaran yang bermanfaat. ^^,